About Me

My photo
salam ukhwah..salam 1 malaysia..hmmm...graduan ipta yg lebih cenderung di dalam bidang penulisan dan komunikasi.....ana adalah seorang hamba Allah...yang masih mencari identiti diri...suka berkongsi pendapat dengan sesiApa saja yang sudi bersahabat dan berkongsi cerita dengan ana...namun begitu cerita yang dikogsi hanya sekadarnya...sebab tak semua perkara boleh kita ceritakan di alam maya....... akhir kata..selamat membaca....berminat?? tinggalkan komen antum ya....SEKIAN, JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA...

Saturday, January 29, 2011

tips - tips??jeng3..heee


Hari ni ana nak berkongsi tentang tips2 & juga seni ‘mengurat’….
Tips 2 ni diberi dikongsi oleh USTAZ RUSLI MD ZAIN AL – FARQAWI..beliau merupakan Mudir Darul Quran Klang, Selangor yang juga merupakan penceramah bebas…..
Ana dapat tips ni dlm mjlah ANIS keluaran Disember 2010..







       sebelum teruskn pembacaan korang..elok lah kalau play dulu lagu ni ya...sayang uowls...



katakan aku menyintaimu kerana DIA...







boleh pegang2...(lepas nikah la beb...)


Jom baca!!!!

27 TIPS yang dikogsi bersamaaa…(sape yang tengah dilamun cinta tu..elok la baca tips2 ni…yang nk mencari ke…igt..dlm ISLAM ada batas perhubungan..jgn taw tersenyum je…..;-) )…khas wat yang bergelar lelaki terutamanya……

Islam tak menghalang pertemuan bagi pasangan yang dah mula ‘jatuh hati’..(amboi..dah senyum smpai ke telinga korang kn!!haha..teruskn baca!!). Impian itu mampu direalisasikan asalkan kedua – duanya mengikut aturan ‘dating’ yang telah Allah SWT tetapkn…(hah..sapa kata ISLAM melarang berkasih syg!!korang silap…)
TAPI…….

Ingat…keutamaan dan cita rasa lelaki memilih gadis untuk dijadikan isteri idaman sentiasa berubah, seiring dengan perubahan dunia dan zaman. Tapi berapa ramai yang taw seni memikat yang betul2 berlandaskan syarak ni???.....(fikir sejenak)..dan…..
BACA LAGI!!!! Heeee

Mula2 ustaz Tanya..
Apa keutamaan cita rasa lelaki dalam memilih gadis untuk dijadikan isteri???
 Ni penjelasan ustaz….
     Keutamaan cita rasa lelaki dalam memilih gadis untuk dijadikan isteri mesti!!! Mesti pe???!!!..heee..mestilah mengikut ketentuan yang ditetapkan oleh Allah iaitu sama ada agama, kecantikan, harta atau keturunan….
   Dari ke4 empat tu….Agama merupakan acuan yang tepat. Kalau sorang laki pilih wanita tu berdasarkan agama yang dimiliki pada wanita pilihannya tu..dia memang dah ikut acuan yang betul dan perkahwinannya insyaAllah kekal abadi…
    Tapi…kalau seorang laki pilih wanita berdasarkan harta benda, kekayaannya tidak akan bertambah, malah akan boleh jadi miskin (papa)…ingatlah lelaki…memperisteri wanita semata – mata sobab nak tumpang kesenangan, kekayaan..maka kat situ lahirlah seorang suami yang tak bertanggungjawab. (ha!! Tu la skang ni kite tgok suami duk kek gumah membosa an poghOt..bini berhompeh puleh cari duit dengan bekojo..laki tukang ngabih an duit…patot ke!!???...xpatot xpatot…) ..tu yang si suami berasa dia dah berada dalam zon selesa…bila dah jadi camtu…ia dah dikira melawan fitrah tuntutan tanggungjawab seorang suami..
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengingatkan “Mereka yang mengahwini wanita kerana harta, tak akan bertambah hartanya, malah akan menjadi papa.”
Contohilah Rasulullah SAW walaupun isterinya seorang yang hartawan, baginda tetap menguruskan perniagaan isterinya, Sayidatina Khadijah dengan baik. Daripada sumber gaji itulah baginda menyempurnakan tanggungjawab terhadap keperluan rumah tangga.
Seterusnya…..????
Baca lagiiii!!!!! cool down….;-)
   Lelaki yang memilih wanita berdasarkan kecantikan pulak mungkin boleh membawa kepada fitnah. Kerana kecantikan wanita itu boleh menjadi kegilaan dan menyemarakkan nafsu syahwat lelaki lain. Jika memilih wanita berdasarkan keturunan atau darjatnya pulak, Allah tidak akan menambah kemuliaan tapi digantikan dengan kehinaan, sebabnya dia terlalu bangga dengan keturunan. Apa pun dalam hal ni pilihlah yang sekufu (setaraf) dengan kita supaya mudah tuk menguruskn rumah tangga…
Ermm…lagi???
terUskAn mEmbAca……..membAca AmALan kita..heheh!!!
hahhhh!!
Ø  Baru nak masuk bab seni2 memikat…
Tadi baru intro je….heeee…..baca dan terus membaca ya!! Sayang korang..hee
Owrite…
Sebelum mendalami seni2 memikat dan mengurat berlandaskan Islam, kita perlu mengetahui dan melalui proses2 memikat wanita pilihan antum2 yang laki ni kan…
Ok2…jom serius skit….


                     1.  Dimulakan dengan penghayatan atau pandangan. Pandangan pertama mestilah pandangan yang dibenarkan dalam Islam dan tidak menyalahi syarak iaitu hanya melihat muka dan tapak tangan.
                      2. Senyum. Senyum adalah sedekah. Apabila antum dah melaui proses pandang pertama tadi kn, secara tak langsung antum akan senyum untuk menambat hati wanita pilihan antum…
                           3.  Bercakap. Ada dua jenis bercakap iaitu secara langsung sprit melalui telefon dan secara tak langsung iaitu melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (sms) atau laman2 sosial. Tidak kira apa jenis komunikasi yang antum gunakan, biarlah ada had dan batasannya.

                     4.  Janji temu. Lepas masing2 dah berani bercakap tu, janji temu dibuat untuk berjumpa di sesuatu tempat mengikut masa yang ditetapkan.


                   5. Dating. Ha…kat sini pasangan tu akan mula berjumpa atau dengan kata lainnya dating. Proses ni merupak satu ujian hawa nafsu yang boleh membawa kea rah kemudaratan jika iman tak cukup kuat. Syaitan benci bila tengok manusia bina masjid…(kalau ada yang bina mesti dia cuba robohkn..kurang hasam..itu lah syaitan)..justeru, syaitan cuba masuk bersama hawa nafsu untuk menguasai diri manusia. Setelah syaitan Berjaya menguasai diri pasangan tersebut, maka berlakulah perkara yang mem bawa kepada zina. Apabila zina berlaku, akan timbullah gejala – gejala sosila lain seperti buang anak dan sebagainya. Kat sini diingatkan proses kelima boleh dielakkan atau dikawal jika wujud orang tengah yang boleh dipercayai untuk membantu kita melalui perhubungan kea rah kebaikan.

Ø  Sekarang go trough seni2 memikat yang selaras dengan kehendak Islam…kat sini beberapa perkara perlu diberi perhatian :

1 . Yakin dan bukan menunjuk – nunjuk   - memikat dan menarik calon haruslah dengan yakin supaya yg dipikat tidak berasa tertipu. Jika ada unsure kepura – puraan, wanita mungkin akan teraniaya. Hubungan yang ada unsur menipu ni tau cinta monyet biasanya tak tahan lama…

2. Pemerhatian – Pemerhatian mestilah yang dibenarkan dalam Islam iaitu melalui pemerhatian jauh atau merisik. Gunakan orang tengah yang kita percaya untuk menyelidik latar belakang calon pilihan norang tu…

3. Pembuktian – Calon yang nak dipikat telah dipersetujui. Calon juga tahu yang korang memikatnya. Buktikan kesungguhan korang memikatnya.

4. Keikhlasan – Memikat biarlah secara semulajadi. Tak payanh nak  guna2 skrip bagai bro!!..hadoyai…ingat!!..persahabatan mestilah kerana Allah. Teguran yang dilakukan oleh pasangan mestilah kerana Allah tanpa ada unsur2 cemburu, dengki dan bernafsu.

5. Penambahbaikan – Perhubungan tidak semestinya memerlukan jangka masa yang panjang. Pada waktu ni, syaitan berkobar – kobar tuk cuba goda kita supaya menyimpang. Oleh itu, ilmu mesti disisipkan dalam sesuatu perhubungan.

6. Konsisten (istiqamah)- Terima kelebihan dan kekurangan pasangan kita serta keluarganya. Setiap pasangan akan diuji dengan pelbagai ujian. Walau apa pun berlaku, perasaan kita terhadap pasangan tu hendaklah konsisten.

7. Elakkan cinta monyet – Cinta monyet hanya sementara. Antara cirri cinta monyet ialah bertukar – tukar pasangan dan syok sendiri. Dalam cinta monyet, wanitalah yang akan teraniaya..(kebiasaannyalah…tak dinafikan laki pun ada…apa pun elakkan cinta monyet k!!)


Ø  Bila dah b’jaya pikat tu…apa plak tindakan seterusnya supaya hubungan antum tu terarah kepada kebaikan??

1.    Kelangsungan dan kesinambungan – Setelah melalui semua proses di atas, sesuatu perhubungan mestilah disegerakan (dilangsungkan dengan perkahwinan) bagi menutup pintu2 fitnah dan dosa.
2.     Kurangkan pertemuan – ini bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan prasangakn buruk semua pihak.
3.    Tingkatkan perancangan – Pada masa yang sama, pasangan haruslah brusaha meningkatkan kefahaman terhadapa pasanga masing2. Telitikan perancangan untuk berumah tangga kelak.
4.    Tingkatkan kekerapan menghadiri majlis agama – Kursus perkahwinan mestilah disusulkan dengan menghadiri kulia2 agama yang lain untuk memantapkan iman. Bacalah buku2 agama terutama yang berkaitan institusi rumah tangga.
5.    Mendekati tilawah Al – Quran – Pasangan sepatutnya belajar Al – Quran dari juzuk satu hingga juzuk 30 sebelum berkahwinan. Majlis khatam Al – Quran haruslah dilakukan oleh si lelaki dan perempuan. Yang banyak berlaku ialah hanya pengantin perempuan sahaja yang melakukan majlis khatam Al – Quran pada majlis perkahwinan mereka.
6.    Berdoa selepas membaca Al – Quran – Sabda Rasulullah SAW, “Berdoa sesudah membaca Al – Quran akan diaminkan oleh 4000 malaikat manakala berdoa setelah khatam Al – Quran pula akan diaminkan oleh 60,000 malaikat Allah.” (Riwayat ad – Damiri dan ad – Dailami) amalkan juga solat duha, membaca ayat Seribu Dinar dan surah Al – Waqiah setipa hari sebelum dan selepas dipikat.
7.    Kukuhkan ekonomi – Pasangan harus meningkatkan ekonomi mereka seperti mencari pekerjaan yang lebih stabil, meningkatkan produktiviti pekerjaan dan sebagainya.
8.     Tingkatkan kualiti kerja – Jangan pulak bila dah kahwin, kualiti kerja makin merosot kerana terlebih focus pada isteri. Kualiti kerja perlu lebih maju sehingga boleh diberi penghargaan seperti kenaikan pangkat atau dijadikan contoh kepada pekerja2 lain.
9.    Cari kualiti masa – Buatlah penambahan dari semasa ke semasa terhadap pasangan masing2. Bertanya khabar amat penting supaya pasangan tak rasa terabai. Berikan kata2 pembina semangat, bukan ungkapan rindu yanga boleh menaikkan nafsu syahwat.
10.  Letakkan moto kehidupan – Nabi SAW mengingatkan kita iaitu ingat lima perkara : sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati.

Kepada lelaki2 yang gentleman ni…
Ni pulak tips bila
Ø  Gadis pilhan korang tidak diterima keluarga….

Bila pilihan korang tu tak diteriam family…rileks brother..jangan gelabah ok….ada cara..jom baca!!

1.    Jangan serang tapi terang – korang yang lelaki2 ni..jgn nk terus serang or mengamuk bagai nak slahkan family, ibu n ayah korang…actually..antum kene amik masa untuk berterus terang dengan keluarga, pujuk depa dgn cara berhikmah. Pujuk tu tak semestinya dgn cakap je,,tlg la depa wat keja apa yang patut..ringan beban depa…umpan ibu n ayah korang dgn duit tu bukan jalan terbaik..no no no!!!..sebab bila korang wat camtu…korang akan buat parent korang rasa serba salah..ini tak digalakkan dalam Islam. Sebaliknya tunjukkan sikap jujur, iaitu berhemah di hadapan mereka. Ibu bapa akan lembut juga hantinya nnti.
2.     Aturkan pertemuan – Anjurkan hari keluarga atau perkelahan di mana keluarga si gadis dapat hadir untuk mengeratkan silaturahim dan berkenalan dengan lebih rapat lagi.
3.    Tukar persekitaran semasa – Bawalah ibu ayah berbincang di tempat yang baru untuk mendapatkan mood yang baru supaya berada dalam suasana gembira.
4.     Rapatkan diri dengan Allah – Amalkan solat hajat, istikharah dan membaca Al – Quran. Selepas tu, berdoalah kpd Allah SWT mohon diberi petunjuk.
5.     Minta bantuan – Mohon bantuan ahli keluarga atau orang yang dihormati ibu bapa untuk selesaikan masalah kita. Insya- Allah, jika seorang anak berlaku jujur mahu memperisteri si gadis, lambat laun hati ibu bapa akan dapat menerima gadis pilihan si anak. Jika ibu bapa itu menyayangi anaknya, dan tidak mahu anak terjebak ke lembah maksiat, mereka perlu belajar menerima kekurangan dan kelebihan calon menantu.

Untuk tips2 ni..bukan si lelaki je yang perlu berikhtiar,,,tapi si gadis pun perlu seiring memperkemas akhlak diri diri dan beribadah agar kesinambungan penyatuan dua hati keluarga terjalin baik..amin…




menangis kerana DIA bukan sbb frusted becinte!!!
yang soleh pasti dipertemukan dengan solehah..insyaAllah..amin..

berdoa moga dipertemukan jodoh yang soleh....

bahagianya cinta di dalam perkahwinan....

Hah!! Yang boy…fikir betul2…nk yang cmne?? Yang pakai skirt sampai nmpak parut 50 sen ke yang bertutup nmpk muka n tangan je??...fikir jgn xfikir brO!!!
Yang gEgirL plak…nak husband candidate cmne plak?? Yang tiap hujung mggu merempit ke?? Yang tiap2 mlm clubbing ke??  Nak yang rajian qiammullail??...istikharah..jalan terbaik…
·      Ana menulis bukan sekadar buat tatapan dan bacaan antum sahaja..tapi jugak tuk diri ana sendiri…moga kita semua dikurniakn jodoh yang soleh dan solehah..sama2 tingkatkn amal ibadah dgn perdekatkn diri pada Allah…pada yang dah ada pasangan tu..jaga hubungan mengikut syariaat…
·      Islam tak melarang tuk berkasih kerana itu fitrah manusia yang ingin dikasihi dan mengasihi..tapi….batas masih ada….jln terbaik..segerakn hubungan tu dgn akad nikah supaya ia lebih diberkati dan diredai…berkalan dgn lebih lanjut selepas akad…uhh bahagianyaaaa……semoga bahagia dunia wal akhirah…..sayang antum suma…
p/s : lupa plak nk tgok betol ke tak semuanya ada 27 tips..pandai2 la korang kira + no-no yg ada tu..heee…tajuk besar adalah setiap yang dihitamkan da bertanda anak panah..harap maklum..jazakallahu khairan kasira..wa syukran2 kasira…




No comments:

Post a Comment