wah..........lama disimpan coretan ni....selamat membaca..............:)
mencari secangkir kasih....bukan mudah....tawadhuk dan istiqamah petunjuknya..
menanti segunung harapan memang payah.....sabar yg menjadi senjata mukmin ubatnya...
melihat ciptaan DIA mmg indah.....subhanallah berserinya...
hidup bersulam noda tidak terhenti....
bergelut nyawa mempertahan hati...
kasih diuji tidak berhenti...
ujian demi ujian menduga hati....
masjid itu gah binaannya...
kerana takwa kpd yg Esa..
ibadah itu indah ganjarannya....
mencari kebahagian dari yg gagah perkasa...
jangan ditangisi kerana kesedihan dunia....
menangislah untuk akhirat....
lafaz terhambur hanya berfoya....
hilang jiwa hilang berkat....
sunyi tanpa kata....
diam tanpa bicara...
hanya pandai bermain kata...
silap langkah jiwa melara...
CERITA DUNIA
Tidak semua yang kita tahu orang lain juga tahu.
Tidak semua yang orang lain tahu kita juga tahu.
Tidak semua yang kita tahu orang lain perlu tahu.
Tidak semua yang orang lain tahu kita perlu tahu.
Mengikut kefahaman hamba Allah ini, menyembunyikan sesuatu beerti dia merahsiakan sesuatu. Namun begitu tidak semestinya apa yang disembunyikan itu tidak ada seorang pun yang tahu. Orang yang telah mengetahui perkara yang disembunyikan itu hendaklah menyimpan rahsia tersebut kerana apa yang mereka tahu adalah amanah dan amanah wajib dijaga sebaiknya. Seandainya perkara yang disembunyikan itu baik..khuatir ia akan menimbulkan rasa riak...dan sekiranya sebaliknya ia beerti kalian membuka aib saudara kalian sendiri.
Perkara yang disembunyikan haruslah tersemat tersimpan rapi di dalam hati berbekalkan iman dan takwa kepada Allah s.w.t. ..kerap kali kita mendengar si pulan ini suka membuka cerita atau rahsia yang dia tahu..dia suka melakukan itu bermakna dia telah gagal melawan godaan syaitan supaya membuka rahsia yang sepatutnya disimpan. Di dalam surah Al – Baqarah ayat 216 yang bermaksud
“ ...boleh jadi sesesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui ” .
Ia jelas membuktikan kita seharusnya melawan godaan syaitan daripada melakukan perkara yang dilihat suka kita melakukannya di samping ia bukanlah perkara yang baik untuk diri kita. Teguhkan iman...mantapkan akidah..
No comments:
Post a Comment