About Me

My photo
salam ukhwah..salam 1 malaysia..hmmm...graduan ipta yg lebih cenderung di dalam bidang penulisan dan komunikasi.....ana adalah seorang hamba Allah...yang masih mencari identiti diri...suka berkongsi pendapat dengan sesiApa saja yang sudi bersahabat dan berkongsi cerita dengan ana...namun begitu cerita yang dikogsi hanya sekadarnya...sebab tak semua perkara boleh kita ceritakan di alam maya....... akhir kata..selamat membaca....berminat?? tinggalkan komen antum ya....SEKIAN, JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA...

Saturday, March 31, 2012

saAt diUji kEsabAraNnya............

Bertarikh 29 Mac 2012 iaitu hari Khamis...rumah kami malam tu berada di dalam keadaan yang sedikit gelap.....kehidupan kami hanya bercahayakan lilin.....ketiadaan elektrik yang hanya membuatkan kami kegelapan selama 1 jam 30 minit itu sebenarnya berpunca daripada kemalangan yang berlaku di sekitar kawasan kami di mana kami difahamkan dalam kemalangan tersebut terdapat kenderaan yang hilang kawalan dan melanggar salah satu wayar elektrik yang menjadi ‘link’ kami sependuduk....rentetan dari kemalangan itu...gangguan bekalan elektrik pun berlaku di kawasan kami....bila hari semakin senja, rumah kami gelap!!!kami terpaksa menyalakan lilin bermula dari dapur hingga ke ruang tamu....kami kuatkan hati...kentalkan jiwa...kuatkan iman....kata pensyarah saya sabar itu indah...dan saya tersenyum ketika teringat perkara itu....dalam keadaan yang samar2 saya bersuara di hadapan adik dan ibu...ni dialog ringkas yang nak saya kongsi...lebih kurang begini  :-

Insyirah : susahnya hidup ni..gelap..
Ibu       : ha..Tuhan baru tarik nikmat sikit dah bising..
Insyirah: seraya tersenyum berkata..ish ibu ni..orang gurau pun tak boleh...amik ‘serious’ sangat..
Ibu        : tersenyum (dah faham sangat dengan anak dia yang memang gila2)
Insyirah : eh...takde pun tv3 datang...(teringat pada rancangan tv3 bersamamu)
Ibu        : daif bona ke kau..
Insyirah : terseyum...sambil membantu ibu menyalakan lilin....
Ibu       : lapkan dulu tin tu ada semut...kang masuk pulak dalam telinga ke ape...
Insyirah : eh..ibu ni Nampak jo.....dalam golap pun boleh Nampak...toghang (terang) mata hati ibu...(dalam hati  penulis tersenyum sendiri)
Ibu        : hah tak macam kau (dengan nada bergurau)
Insyirah : hanya tersenyum...

Hahhhhh...ape mesej yang kita dapat ea dari dialog nih..???  meh kita simpulkan satu je mesej dia.....apa dia??? SABAR....!!  ya...mesejnya adalah sabar dengan ujian yang Allah berikan.....Allah baru tarik nikmat...sikit dan sekejap je...kadang2 kita dah bising dan merungut...(untuk diri sendiri dan semua)...tapi bila Allah bagi balik nikmat...adakah kita bersyukur?? Kepada yang ingat untuk bersyukur....alhamdulillah....dan teruskan menggunakan nikmat yang diberi Allah sebaiknya...kepada yang suka merungut dan tak pernah nak hargai nikmat pinjaman Allah...bawa2lah bertaubat..mengingati Allah..ingat dunia ni hanya sementara..segalanya adalah pinjaman..janganlah kita sewenang wenangnya nak melupakan Allah yang memberikan berbagai nikmat kepada kita..
Macam mana kita nak syukuri nikmat Allah???

1)      Solat 5 waktu dan solat2 sunat..sobab eh :
-          Dalam solat kita akan sebut Allahu Akbar yang bermaksud Allah Maha Besar...dari situ kita akan ingat betapa kerdilnya kita dalam dunia ni....
-          Setiap rakaat kita pasti akan membaca surah Al – Fatihah....dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi...segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam...maha pengasih lagi maha penyayang....yang berkuasa di atas segala sesuatu...hanya kepada Allah tempat berlindung dan memohon petunjuk...tunjukkan kami jalan yang lurus.....jalan orang yang telah Kau berikan nikmat...

2)      Berzikir ....ateee kenapo?? :-
-          Dengan berzikir hati akan jadi tenang dan kita akan sentiasa dijauhi dari godaan syaitan yang direjam...

3)      Gunakan segala nikmat di jalan Allah...gano gano?? :-
-          Apa itu pancaindera?? Ha..mesti tau punyee punnnn....
-          Gunakan MATA dengan melihat perkara2 yang baik ELAKKAN  melihat perkara mungkar
-          Gunakan TELINGA untuk mendengar kata2 yang baik2..kata nasihat....jika terdengar suara  kemungkaran..SEGERALAH beristighfar...
-          Gunakan MULUT unutk bercakap tentang perkara yang benar...JAUHKAN dari mengeluarkan kata2 yang boleh mendatangkan dosa...
-          Gunakan TANGAN unutk melakukan kebaikan...teringat kepada kata....TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG MENERIMA..jadi apa lagi..gunakan tanga unutk bersedekah...menulis2 perkara yang mendatangkan faedah...katakan TIDAK untuk bersalam dengan yg bukan mahram kita....kawal jari jemari kita dari membuka ‘maklumat hujung jari’ yang mengeluarkan kisah2 maksiat!!
-          Gunakan KAKI untuk melangkah ke tempat2 yang mendatangkan faedah seperti tempat2 ibadah dan tempat2 menuntut ilmu...PERTAHANKAN  kaki dari melangkah ke tempat2 maksiat..kerana hati akan mudah lalai bila lalai maka makin mudahlah syaitan nak ‘join’ kita.....dan LEBIH TERUK..kita ‘join’ SYAITAN!!! Na’uzubillah...
-          Gunakan OTAK dan AKAL untuk sentiasa memikirkan perkara yang baik2...jauhkan berprasangka buruk..kerana prasangka buruk itu hasutan syaitan...sentiasalah berfikiran positif...dengan itu hati akan menjadi lebih tenang..
-          Gunakan HATI ke jalan yang diredhai....JAUHKAN hati dari menjadi hati yang busuk.....sucikan hati dengan mengingati Allah.....bersihkan jiwa dengan zikrullah

Haaaa...itu..adalah serba sedikit kisah yang penulis nak kongsi kali ni..penulis berharap kita dapat bersama – sama bermuhasabah...jadikan dugaan itu sebagai satu platform untuk kita membina keteguhan iman memantapkan Rohani menceriakan jasmani seterusnya menjadi penghuni yang disegani...insyaAllah.....
Ma’assalamah wa ilalliqa...




jiwa..................................dunia......................akhirat...............

wah..........lama disimpan coretan ni....selamat membaca..............:)


mencari secangkir kasih....bukan mudah....tawadhuk dan istiqamah petunjuknya..
menanti segunung harapan memang payah.....sabar  yg menjadi senjata mukmin ubatnya...
melihat ciptaan DIA mmg indah.....subhanallah berserinya...

hidup bersulam noda tidak terhenti....
bergelut nyawa mempertahan hati...
kasih diuji tidak  berhenti...
ujian demi ujian menduga hati....

masjid itu gah binaannya...
kerana takwa kpd yg Esa..
ibadah itu indah ganjarannya....
mencari kebahagian dari yg gagah perkasa...

jangan ditangisi kerana kesedihan dunia....
menangislah untuk akhirat....
lafaz terhambur hanya berfoya....
hilang jiwa hilang berkat....

sunyi tanpa kata....
diam tanpa bicara...
hanya pandai bermain kata...
silap langkah jiwa melara...




CERITA DUNIA

Tidak semua yang kita tahu orang lain juga tahu.
Tidak semua yang orang lain tahu kita juga tahu.
Tidak semua yang kita tahu orang lain perlu tahu.
Tidak semua yang orang lain tahu kita perlu tahu.

Mengikut kefahaman hamba Allah ini, menyembunyikan sesuatu beerti dia merahsiakan sesuatu. Namun begitu tidak semestinya apa yang disembunyikan itu tidak ada seorang pun yang tahu. Orang yang telah mengetahui perkara yang disembunyikan itu hendaklah menyimpan rahsia tersebut kerana apa yang mereka tahu adalah amanah dan amanah wajib dijaga sebaiknya. Seandainya perkara yang disembunyikan itu baik..khuatir ia akan menimbulkan rasa riak...dan sekiranya sebaliknya ia beerti kalian membuka aib saudara kalian sendiri.
Perkara yang disembunyikan haruslah tersemat tersimpan rapi di dalam hati berbekalkan iman dan takwa kepada Allah s.w.t. ..kerap kali kita mendengar si pulan ini suka membuka cerita atau rahsia yang dia tahu..dia suka melakukan itu bermakna dia telah gagal melawan godaan syaitan supaya membuka rahsia yang sepatutnya disimpan. Di dalam surah Al – Baqarah ayat 216 yang bermaksud
 “ ...boleh jadi sesesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui ” .
Ia jelas membuktikan kita seharusnya melawan godaan syaitan daripada melakukan perkara yang dilihat suka kita melakukannya di samping ia bukanlah perkara yang baik untuk diri kita. Teguhkan iman...mantapkan akidah..



 *seronok berjumpa dengan adik2 tahun 6 SK TTJ,,,,..:)




Friday, March 30, 2012

Betulkah Cinta Itu Buta?????

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia..
haaa korang...hari Jumaat yang penuh barakah ni...ana ada sedikit maklumat yang nak dikongsi bersama....pasal ape??
cer tengok balik tajuk kat atas tu..hahaaa..
tu la perkongsian ana hari ni....jom baca sambil layan lagu ...ISTIKHARAH CINTA....jangan lupa klik play okay....haiya haiya.....


                                                              ISTIKHARAH CINTA

Bismillahirahmanirahim..........

Mencintai, merindui atau megasihi sesama manusia seharusnya sekadar - kadarnya sahaja melainkan mencinta Allah dan Rasul-Nya maka perlu dengan sepenuh hati, jiwa dan perasaan.



Alam dan kehidupan ini sebenarnya bermula dengan keindahan dan kemuliaan, ketenangan dan kedamaian, kemurnian dan keharmonian. Oleh kerana kejadian manusia dibekalkan nafsu yang menggoda dan syaitan yang menghasut, maka keindahan, ketenangan dan kebersamaan yang terbentuk akhirnya terlerai sedikit demi sedikit. Maka bermulalah permusuhan, perseteruan kecelaruan dan keghairahan yang melampau dalam kehidupan. Daripada ketenangan, ketenteraman dan kedamaian itulah timbulnya cinta kasih sesama manusia, terselitnya mahabbah dan rahmat di kalangan mereka. Daripada kegusaran, permusuhan dan perseteruan yang terjadi maka wujudnya kebencian dan dendam, terbentuknya hasad dan keangkuhan, akhirnya berlakulah kekufuran dan kesyirikan, melainkan mereka yang dirahmati Tuhannya.
Cinta kasih, rahmat dan mahabbah adalah sifat hati yang hanya terdetik apabila kehidupan manusia dipenuhi dengan ketenteraman dan kebersamaan. Cinta kasih itu suatu yang suci lagi mendamaikan. Ia satu perasaan dan kalimah yang cukup istimewa untuk digambakan. Ia juga satu nikmat agung anugerah daripada Ilahi yang Maha Agung Kepada hamba-Nya. Terkadang cinta kasih yang bersemarak di jiwa menulikan pendengaran dan membuatkan individu yang terkena sinarannya. Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW : " Cinta kasihmu kepada sesuatu perkara membuta dan menulikan engkau." (Riwayat at- Tirmizi)

Jangan Beri Semua

Haaa.. sebab tu, lahirlah ungkapan dalam peribahasa masyarakat Melayu - Cinta itu buta. Sehubungan itu, Rasulullah SAW memberi panduan dan bimbingan kepada manusia bahawa manusia perlu mengawal atau mendidik jiwa mereka agar cinta kasih yang berputik di hati itu usah diberikan semuanya, perlu ditinggalkan sedikit kebencian atau sekelumit kemarahan, agar apa jua yang berlaku di kemudian hari masih terdapat ruang pemikiran serta gerak kemuliaan untuk meneruskan. Rasulullah SAW bersabda : " Cintailah, kasihilah kekasih (orang yang engkau cintai itu) sekadarnya sahaja kerana suatu masa nanti mungkin ia akan menjadi orang yang engkau benci, bencilah seseorang itu sekadarnya kerana mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi orang yang engkau kasihi " (Riwayat at - Tirmizi)
Mencintai, merindui atau mengasihi manusia seharusnya sekadar - kadarnya sahaja melainkan mencintai Allah dan Rasul-Nya maka perlu dengan sepenuh hati, jiwa dan perasaaan. Itulah sebenarnya cinta yang hakiki dan abadi. Cinta kasih merupakan satu sifat qalbi yang suci, murni lagi tulus mulus. Manusia yang tiada panduan hidup menjadikan cinta kasih itu hanya terhad antara lelaki dan perempuan. Justeru timbullah kisah Uda dan Dara, lahirlah kasih Laila dan Majnun, bersemilah cinta Romeo dan Juliet, tidak lebih daripada itu. Sedangkan dalam Islam cinta kasih yang sebegitu hanya sebiji pasir di tepian pantai yang luas. Mutiara - mutiara indah di dasar lautan tidak pernah dijumpai manusia kerana tiada panduan memandu manusia ke dasar lautan itu. Hanya Islam yang memandu ke lembah kedamaian dan ketenteraman serta menjelaskan kepada manusia bahawa cinta kasih itu bukan hanya semata - mata cinta kasih antara manusia, malah cinta kasih juga boleh dipertautkan antara manusia dengan Khaliqnya (Penciptanya).

Darjat Cinta

Cinta Kasih antara manusia dengan Khaliqnya merupakan cinta kasih paling tinggi. Cinta kasihkan makhluk terhadap Khaliqnya (Allah) merupakan tahap darjat yang paling tulus, suci dan murni. Tiada cinta kasih melebihinya. Tiada cinta kasih setara dengannya, tiada cinta kasih dapat menandinginya. Merujuk pernyataan Al - Quran dan al - hadis mengenai al - Hub atau cinta kasih maka tentunya lebih mendamaikan dan mententeramkan jiwa. Islam membahagikan cinta kasih kepada beberapa kategori dan darjat sebagaimana juga syurga neraka yang mempunyai beberapa darjat dan tabaqat. Darjat yang mempunyai cinta kasih yang paling mulia dan suci ialah cintakan Allah. Allah sebagai Al - Khaliq iaitu zat yang Maha Menjadikan seharusnya dicintai dan dikasihi. Cinta kasihkan Allah menjadikan jiwa tenteram dan aman damai. Individu yang cinta kasihkan Allah akan sentiasa menyebut nama - Nya sebagaimana seorang individu menyintai manusia lain, nama kekasihnya itu akan sentiasa bermain di bibirnya.

Tenteramnya Jiwa

Sebagaimana tenteramnya Majnun kasihkan Laila, walaupun seluruh alam melihat si Majnun itu sememangnya Majnun (gila), namun ia tetap aman tenteram dengan cintanya itu. Begitu juga perumpamaan individu yang kasihkan Allah dan Rasul-Nya, walaupun seluruh alam melihatnya sebagai manusia ketinggalan zaman atau individu tidak mengikuti perkembangan zaman, namun hanya dia yang mengetahui betapa indah dan murninya jiwa hidup bersama Tuhan Khaliqnya.
Rasulullah SAW mengajarkan kita doa, yang bermaksud : " Wahai Allah, kurniakan kami cinta kasih-Mu, cinta kasih kepada orang - orang yang mengasihi-Mu, dan cinta kasih kepada setiap amalan yang mendekatkan kami kepada-Mu ".
Kasih cintakan Allah bermaksud manusia menyedari dan menginsafi dirinya sebagai makhluk manusia dan Tuhannya, Allah sebagai Al - Khaliq. Manusia mengerti faham bahawa dirinya sentiasa berhajat kepada pimpinan dan inayah Allah SWT. Manusia memahami bahawa dia sentiasa mengharapkan bimbingan rahmat dan rahim-Nya. Cintakan Allah menjauhkan manusia daripada sifat sombong, angkuh dan bodoh.

haaa......antum antum sume.....kat sini ada sikit TIP untuk kita bersama - sama mendapatkan CINTA ILAHI...

how???

~ Ikutlah atau berusaha mengikuti sunnah Rasulullah SAW daripada sekecil - kecil perkara hingga sebesar - besar urusan.
~ Jadilah insan yang soleh (baik) dan juga Musleh (menjadi agen kepada kebaikan).
~ Berlaku adil dalam setiap pekara sama ada sebagai anak, isteri, suami, ibu dan bapa.
~ Menjadikan a- Quran dan as - Sunnah sebagai panduan dan bimbingan dalam kehidupan.


semoga dengan perkongsian hari ni sedikit sebanyak dapat membantu antum dan Am sendiri
dalam mencari cinta Ilahi di samping menemui cinta sesama makhluk....kepada yang sedang bercinta..ingat...Islam tidak melarangnya....TAPI..jagalah peradaban kita sebagai Mukmin yang sejati....insya Allah Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik buat kita..amin...

* Mahabbatu lillahitaala abadan abada....