About Me

My photo
salam ukhwah..salam 1 malaysia..hmmm...graduan ipta yg lebih cenderung di dalam bidang penulisan dan komunikasi.....ana adalah seorang hamba Allah...yang masih mencari identiti diri...suka berkongsi pendapat dengan sesiApa saja yang sudi bersahabat dan berkongsi cerita dengan ana...namun begitu cerita yang dikogsi hanya sekadarnya...sebab tak semua perkara boleh kita ceritakan di alam maya....... akhir kata..selamat membaca....berminat?? tinggalkan komen antum ya....SEKIAN, JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA...

Friday, March 30, 2012

Betulkah Cinta Itu Buta?????

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia..
haaa korang...hari Jumaat yang penuh barakah ni...ana ada sedikit maklumat yang nak dikongsi bersama....pasal ape??
cer tengok balik tajuk kat atas tu..hahaaa..
tu la perkongsian ana hari ni....jom baca sambil layan lagu ...ISTIKHARAH CINTA....jangan lupa klik play okay....haiya haiya.....


                                                              ISTIKHARAH CINTA

Bismillahirahmanirahim..........

Mencintai, merindui atau megasihi sesama manusia seharusnya sekadar - kadarnya sahaja melainkan mencinta Allah dan Rasul-Nya maka perlu dengan sepenuh hati, jiwa dan perasaan.



Alam dan kehidupan ini sebenarnya bermula dengan keindahan dan kemuliaan, ketenangan dan kedamaian, kemurnian dan keharmonian. Oleh kerana kejadian manusia dibekalkan nafsu yang menggoda dan syaitan yang menghasut, maka keindahan, ketenangan dan kebersamaan yang terbentuk akhirnya terlerai sedikit demi sedikit. Maka bermulalah permusuhan, perseteruan kecelaruan dan keghairahan yang melampau dalam kehidupan. Daripada ketenangan, ketenteraman dan kedamaian itulah timbulnya cinta kasih sesama manusia, terselitnya mahabbah dan rahmat di kalangan mereka. Daripada kegusaran, permusuhan dan perseteruan yang terjadi maka wujudnya kebencian dan dendam, terbentuknya hasad dan keangkuhan, akhirnya berlakulah kekufuran dan kesyirikan, melainkan mereka yang dirahmati Tuhannya.
Cinta kasih, rahmat dan mahabbah adalah sifat hati yang hanya terdetik apabila kehidupan manusia dipenuhi dengan ketenteraman dan kebersamaan. Cinta kasih itu suatu yang suci lagi mendamaikan. Ia satu perasaan dan kalimah yang cukup istimewa untuk digambakan. Ia juga satu nikmat agung anugerah daripada Ilahi yang Maha Agung Kepada hamba-Nya. Terkadang cinta kasih yang bersemarak di jiwa menulikan pendengaran dan membuatkan individu yang terkena sinarannya. Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW : " Cinta kasihmu kepada sesuatu perkara membuta dan menulikan engkau." (Riwayat at- Tirmizi)

Jangan Beri Semua

Haaa.. sebab tu, lahirlah ungkapan dalam peribahasa masyarakat Melayu - Cinta itu buta. Sehubungan itu, Rasulullah SAW memberi panduan dan bimbingan kepada manusia bahawa manusia perlu mengawal atau mendidik jiwa mereka agar cinta kasih yang berputik di hati itu usah diberikan semuanya, perlu ditinggalkan sedikit kebencian atau sekelumit kemarahan, agar apa jua yang berlaku di kemudian hari masih terdapat ruang pemikiran serta gerak kemuliaan untuk meneruskan. Rasulullah SAW bersabda : " Cintailah, kasihilah kekasih (orang yang engkau cintai itu) sekadarnya sahaja kerana suatu masa nanti mungkin ia akan menjadi orang yang engkau benci, bencilah seseorang itu sekadarnya kerana mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi orang yang engkau kasihi " (Riwayat at - Tirmizi)
Mencintai, merindui atau mengasihi manusia seharusnya sekadar - kadarnya sahaja melainkan mencintai Allah dan Rasul-Nya maka perlu dengan sepenuh hati, jiwa dan perasaaan. Itulah sebenarnya cinta yang hakiki dan abadi. Cinta kasih merupakan satu sifat qalbi yang suci, murni lagi tulus mulus. Manusia yang tiada panduan hidup menjadikan cinta kasih itu hanya terhad antara lelaki dan perempuan. Justeru timbullah kisah Uda dan Dara, lahirlah kasih Laila dan Majnun, bersemilah cinta Romeo dan Juliet, tidak lebih daripada itu. Sedangkan dalam Islam cinta kasih yang sebegitu hanya sebiji pasir di tepian pantai yang luas. Mutiara - mutiara indah di dasar lautan tidak pernah dijumpai manusia kerana tiada panduan memandu manusia ke dasar lautan itu. Hanya Islam yang memandu ke lembah kedamaian dan ketenteraman serta menjelaskan kepada manusia bahawa cinta kasih itu bukan hanya semata - mata cinta kasih antara manusia, malah cinta kasih juga boleh dipertautkan antara manusia dengan Khaliqnya (Penciptanya).

Darjat Cinta

Cinta Kasih antara manusia dengan Khaliqnya merupakan cinta kasih paling tinggi. Cinta kasihkan makhluk terhadap Khaliqnya (Allah) merupakan tahap darjat yang paling tulus, suci dan murni. Tiada cinta kasih melebihinya. Tiada cinta kasih setara dengannya, tiada cinta kasih dapat menandinginya. Merujuk pernyataan Al - Quran dan al - hadis mengenai al - Hub atau cinta kasih maka tentunya lebih mendamaikan dan mententeramkan jiwa. Islam membahagikan cinta kasih kepada beberapa kategori dan darjat sebagaimana juga syurga neraka yang mempunyai beberapa darjat dan tabaqat. Darjat yang mempunyai cinta kasih yang paling mulia dan suci ialah cintakan Allah. Allah sebagai Al - Khaliq iaitu zat yang Maha Menjadikan seharusnya dicintai dan dikasihi. Cinta kasihkan Allah menjadikan jiwa tenteram dan aman damai. Individu yang cinta kasihkan Allah akan sentiasa menyebut nama - Nya sebagaimana seorang individu menyintai manusia lain, nama kekasihnya itu akan sentiasa bermain di bibirnya.

Tenteramnya Jiwa

Sebagaimana tenteramnya Majnun kasihkan Laila, walaupun seluruh alam melihat si Majnun itu sememangnya Majnun (gila), namun ia tetap aman tenteram dengan cintanya itu. Begitu juga perumpamaan individu yang kasihkan Allah dan Rasul-Nya, walaupun seluruh alam melihatnya sebagai manusia ketinggalan zaman atau individu tidak mengikuti perkembangan zaman, namun hanya dia yang mengetahui betapa indah dan murninya jiwa hidup bersama Tuhan Khaliqnya.
Rasulullah SAW mengajarkan kita doa, yang bermaksud : " Wahai Allah, kurniakan kami cinta kasih-Mu, cinta kasih kepada orang - orang yang mengasihi-Mu, dan cinta kasih kepada setiap amalan yang mendekatkan kami kepada-Mu ".
Kasih cintakan Allah bermaksud manusia menyedari dan menginsafi dirinya sebagai makhluk manusia dan Tuhannya, Allah sebagai Al - Khaliq. Manusia mengerti faham bahawa dirinya sentiasa berhajat kepada pimpinan dan inayah Allah SWT. Manusia memahami bahawa dia sentiasa mengharapkan bimbingan rahmat dan rahim-Nya. Cintakan Allah menjauhkan manusia daripada sifat sombong, angkuh dan bodoh.

haaa......antum antum sume.....kat sini ada sikit TIP untuk kita bersama - sama mendapatkan CINTA ILAHI...

how???

~ Ikutlah atau berusaha mengikuti sunnah Rasulullah SAW daripada sekecil - kecil perkara hingga sebesar - besar urusan.
~ Jadilah insan yang soleh (baik) dan juga Musleh (menjadi agen kepada kebaikan).
~ Berlaku adil dalam setiap pekara sama ada sebagai anak, isteri, suami, ibu dan bapa.
~ Menjadikan a- Quran dan as - Sunnah sebagai panduan dan bimbingan dalam kehidupan.


semoga dengan perkongsian hari ni sedikit sebanyak dapat membantu antum dan Am sendiri
dalam mencari cinta Ilahi di samping menemui cinta sesama makhluk....kepada yang sedang bercinta..ingat...Islam tidak melarangnya....TAPI..jagalah peradaban kita sebagai Mukmin yang sejati....insya Allah Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik buat kita..amin...

* Mahabbatu lillahitaala abadan abada....

No comments:

Post a Comment