About Me

My photo
salam ukhwah..salam 1 malaysia..hmmm...graduan ipta yg lebih cenderung di dalam bidang penulisan dan komunikasi.....ana adalah seorang hamba Allah...yang masih mencari identiti diri...suka berkongsi pendapat dengan sesiApa saja yang sudi bersahabat dan berkongsi cerita dengan ana...namun begitu cerita yang dikogsi hanya sekadarnya...sebab tak semua perkara boleh kita ceritakan di alam maya....... akhir kata..selamat membaca....berminat?? tinggalkan komen antum ya....SEKIAN, JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA...

Saturday, February 12, 2011

wanita...cinta..kehidupan...

wanita - dehearty..

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 
 
permata yang dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu





pasrah segalanya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tomahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Ku tabahkan hatiku harunggi hidup
Biar pun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namunku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala pada-Mu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta

Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku dihati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telahku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya Allah Engkau lindunggilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabah ku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan

Namunku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Serasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang pernah ku mulai

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya Allah Engkau lindunggilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabah ku menghadapi dugaan
Agar tidak ku terhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malam ku berkalut benci

niceee....;)
 wanita...
fizikalnya yang ayu..
lemah lembut gemalai...
hati lembut....
fitrahnya sopan..
santun sulaman budi pekertinya...
mencari dan terus mencari..
untuk menjadi wanita sejati..
muslimah sejati islamiknya...
wanita lemah..
wanita perlu dilindungi..
bukan dikasari jauh untuk ditindas..
wanita penyeri..
penyeri kepada kehidupan seorang lelaki....
bidadari hati seorang insan bergelarsuami...
wanita..
sangat rindu dikasihi...
lebih lagi disayangi..
namun terkadang wanita itu jua alpa..
dirinya sering diuji..
oleh insan bernama lelaki...
saban hari jua hatinya pernah berdetik..
Allah itu besar kuasanya...
mungkin Dia tidak menguji secara jelas dan terang..
namun..insan bergelar lelaki itu merupakan jalur penyampai pengujian..
dan wanita itu diuji oleh kaum Adam..anak Adam...
ya...terkadang baru dia bermuhasabah dan terjaga dari lenanya..
bahawa Allah jua berkias di dalam menguji hambaNYA..
indah...unik...
itu percaturan MAHA PENCIPTA YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA..
semuanya kerana....Dia mahukan hambaNYA mencari CINTA..

berbicara soal cinta..
bagi hati ini..semua itu amat rumit..sulit....susah..payah...gelisah..
segalanya....
apa erti cinta??
cinta sebenrnya indah....
tapi..
bagaimana keindahan itu boleh hancur lebur??
samar - samar...
bagi hati ini...
keindahan itu letaknya bukan pada tulisan...
bukan jua pada lisan..
dalam bicara jua...
cinta bukan mudah...
cinta itu memerlukan pengorbanan...
benar..cinta itu disiram dan dibajai dengan kasih dan sayang..
tapi sejauh mana kasih dan sayang itu dapat dipertahankn...
bgaimna cinta itu dpat diteruskn tanpa sulaman cinta yang ESA...
sungguh..hati ini sering tersasar jauh dari cinta yang MAHA AGUNG...
kuakui...diri ini begitu lemah..
sering hanyut dibuai mimpi indah rekaan sendiri..
sedang itu semua belum pasti....
dri ini..hati ini...sering lemas....dan terus lemas....
kerana cinta yang tidak pasti hujung pangkalnya...
hati ini..
sering gusar mengenangkan cinta....
cinta.....
mungkin mudah untuk dungkapkan...
UNGKAPAN TANPA PENGHAYATAN...
mengapa hati ini sering alpa....
hidup bermahligaikan takhta..mahkota durjana!!!.
cinta wanita.....kehidupan di dalam cinta...
seiring perlu seiring..
tapi hati ini..
masih belum puas...
kerana cinta yang selama ini dikongsi bersama hamba Allah yang bergelar insan...
bukan cinta yang sebenar...
kerana cinta yang tulus itu hanyalah buat yg ESA...
tp di mana kekuatan buat cinta yang ingin dirasai bersama sorg insan....
jauh..
masih jauh untuk diri ini merasainya..kerana hingga saat ni..
hati ini...masih belum berjaya meraih cinta Dia..
mungkin kerana itu..
hati ini tidak pernah puas dengan kurniaan seorang hambaNya yang bergelar teman...
kerana hati ni sperti merasa..
belum layak...
masih belum cukup untuk menerima dan memberi...
apatah lagi...kepada insan yang sudah jelas terpancar sinar cahaya di dalam kehidupannya..
cinta wanita...
kehidupan.....

cinta andai bersulam noda...
hancur lebur....terlerai segala lembaran kasih sayang...
cinta bersulam nafsu....
berderai manik berdarah berlinangan di mata....
mungkin tanda penyesalan..
namun ia bukan pengubah kejadian...
cinta bersulam kasih...bertekad sayang...
mungkin bahagia...
mungkin tidak...
kasih dan sayang hanyalah pada rasa...
apakah benar kasih dan sayang itu sungguh dibaja???
dibaja kekuatan akidah..akhlak...memelihara kehormatan juga maruah...
cinta bertatah berlian.....
bukan jalan pintas kebahagian...
berlian mungkin membawa kekayaan..
besar lagi kemungkinan membawa kehancuran..
kerana kesusahan itu ujian..dengan kekayaan hidup lebih teruji...
kekayaan mencucuk hati...menusuk minda..
membongkakkn hamba yang lupa bahawa kehidupan dunia ini..
hanyalah pinjaman..
tiada yang kekal melainkan yang abadi...
cinta hakiki..
hanya pada ILAHI..

                                    



cinta bersulama noda..




No comments:

Post a Comment