About Me

My photo
salam ukhwah..salam 1 malaysia..hmmm...graduan ipta yg lebih cenderung di dalam bidang penulisan dan komunikasi.....ana adalah seorang hamba Allah...yang masih mencari identiti diri...suka berkongsi pendapat dengan sesiApa saja yang sudi bersahabat dan berkongsi cerita dengan ana...namun begitu cerita yang dikogsi hanya sekadarnya...sebab tak semua perkara boleh kita ceritakan di alam maya....... akhir kata..selamat membaca....berminat?? tinggalkan komen antum ya....SEKIAN, JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA...

Saturday, March 31, 2012

saAt diUji kEsabAraNnya............

Bertarikh 29 Mac 2012 iaitu hari Khamis...rumah kami malam tu berada di dalam keadaan yang sedikit gelap.....kehidupan kami hanya bercahayakan lilin.....ketiadaan elektrik yang hanya membuatkan kami kegelapan selama 1 jam 30 minit itu sebenarnya berpunca daripada kemalangan yang berlaku di sekitar kawasan kami di mana kami difahamkan dalam kemalangan tersebut terdapat kenderaan yang hilang kawalan dan melanggar salah satu wayar elektrik yang menjadi ‘link’ kami sependuduk....rentetan dari kemalangan itu...gangguan bekalan elektrik pun berlaku di kawasan kami....bila hari semakin senja, rumah kami gelap!!!kami terpaksa menyalakan lilin bermula dari dapur hingga ke ruang tamu....kami kuatkan hati...kentalkan jiwa...kuatkan iman....kata pensyarah saya sabar itu indah...dan saya tersenyum ketika teringat perkara itu....dalam keadaan yang samar2 saya bersuara di hadapan adik dan ibu...ni dialog ringkas yang nak saya kongsi...lebih kurang begini  :-

Insyirah : susahnya hidup ni..gelap..
Ibu       : ha..Tuhan baru tarik nikmat sikit dah bising..
Insyirah: seraya tersenyum berkata..ish ibu ni..orang gurau pun tak boleh...amik ‘serious’ sangat..
Ibu        : tersenyum (dah faham sangat dengan anak dia yang memang gila2)
Insyirah : eh...takde pun tv3 datang...(teringat pada rancangan tv3 bersamamu)
Ibu        : daif bona ke kau..
Insyirah : terseyum...sambil membantu ibu menyalakan lilin....
Ibu       : lapkan dulu tin tu ada semut...kang masuk pulak dalam telinga ke ape...
Insyirah : eh..ibu ni Nampak jo.....dalam golap pun boleh Nampak...toghang (terang) mata hati ibu...(dalam hati  penulis tersenyum sendiri)
Ibu        : hah tak macam kau (dengan nada bergurau)
Insyirah : hanya tersenyum...

Hahhhhh...ape mesej yang kita dapat ea dari dialog nih..???  meh kita simpulkan satu je mesej dia.....apa dia??? SABAR....!!  ya...mesejnya adalah sabar dengan ujian yang Allah berikan.....Allah baru tarik nikmat...sikit dan sekejap je...kadang2 kita dah bising dan merungut...(untuk diri sendiri dan semua)...tapi bila Allah bagi balik nikmat...adakah kita bersyukur?? Kepada yang ingat untuk bersyukur....alhamdulillah....dan teruskan menggunakan nikmat yang diberi Allah sebaiknya...kepada yang suka merungut dan tak pernah nak hargai nikmat pinjaman Allah...bawa2lah bertaubat..mengingati Allah..ingat dunia ni hanya sementara..segalanya adalah pinjaman..janganlah kita sewenang wenangnya nak melupakan Allah yang memberikan berbagai nikmat kepada kita..
Macam mana kita nak syukuri nikmat Allah???

1)      Solat 5 waktu dan solat2 sunat..sobab eh :
-          Dalam solat kita akan sebut Allahu Akbar yang bermaksud Allah Maha Besar...dari situ kita akan ingat betapa kerdilnya kita dalam dunia ni....
-          Setiap rakaat kita pasti akan membaca surah Al – Fatihah....dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi...segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam...maha pengasih lagi maha penyayang....yang berkuasa di atas segala sesuatu...hanya kepada Allah tempat berlindung dan memohon petunjuk...tunjukkan kami jalan yang lurus.....jalan orang yang telah Kau berikan nikmat...

2)      Berzikir ....ateee kenapo?? :-
-          Dengan berzikir hati akan jadi tenang dan kita akan sentiasa dijauhi dari godaan syaitan yang direjam...

3)      Gunakan segala nikmat di jalan Allah...gano gano?? :-
-          Apa itu pancaindera?? Ha..mesti tau punyee punnnn....
-          Gunakan MATA dengan melihat perkara2 yang baik ELAKKAN  melihat perkara mungkar
-          Gunakan TELINGA untuk mendengar kata2 yang baik2..kata nasihat....jika terdengar suara  kemungkaran..SEGERALAH beristighfar...
-          Gunakan MULUT unutk bercakap tentang perkara yang benar...JAUHKAN dari mengeluarkan kata2 yang boleh mendatangkan dosa...
-          Gunakan TANGAN unutk melakukan kebaikan...teringat kepada kata....TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG MENERIMA..jadi apa lagi..gunakan tanga unutk bersedekah...menulis2 perkara yang mendatangkan faedah...katakan TIDAK untuk bersalam dengan yg bukan mahram kita....kawal jari jemari kita dari membuka ‘maklumat hujung jari’ yang mengeluarkan kisah2 maksiat!!
-          Gunakan KAKI untuk melangkah ke tempat2 yang mendatangkan faedah seperti tempat2 ibadah dan tempat2 menuntut ilmu...PERTAHANKAN  kaki dari melangkah ke tempat2 maksiat..kerana hati akan mudah lalai bila lalai maka makin mudahlah syaitan nak ‘join’ kita.....dan LEBIH TERUK..kita ‘join’ SYAITAN!!! Na’uzubillah...
-          Gunakan OTAK dan AKAL untuk sentiasa memikirkan perkara yang baik2...jauhkan berprasangka buruk..kerana prasangka buruk itu hasutan syaitan...sentiasalah berfikiran positif...dengan itu hati akan menjadi lebih tenang..
-          Gunakan HATI ke jalan yang diredhai....JAUHKAN hati dari menjadi hati yang busuk.....sucikan hati dengan mengingati Allah.....bersihkan jiwa dengan zikrullah

Haaaa...itu..adalah serba sedikit kisah yang penulis nak kongsi kali ni..penulis berharap kita dapat bersama – sama bermuhasabah...jadikan dugaan itu sebagai satu platform untuk kita membina keteguhan iman memantapkan Rohani menceriakan jasmani seterusnya menjadi penghuni yang disegani...insyaAllah.....
Ma’assalamah wa ilalliqa...




jiwa..................................dunia......................akhirat...............

wah..........lama disimpan coretan ni....selamat membaca..............:)


mencari secangkir kasih....bukan mudah....tawadhuk dan istiqamah petunjuknya..
menanti segunung harapan memang payah.....sabar  yg menjadi senjata mukmin ubatnya...
melihat ciptaan DIA mmg indah.....subhanallah berserinya...

hidup bersulam noda tidak terhenti....
bergelut nyawa mempertahan hati...
kasih diuji tidak  berhenti...
ujian demi ujian menduga hati....

masjid itu gah binaannya...
kerana takwa kpd yg Esa..
ibadah itu indah ganjarannya....
mencari kebahagian dari yg gagah perkasa...

jangan ditangisi kerana kesedihan dunia....
menangislah untuk akhirat....
lafaz terhambur hanya berfoya....
hilang jiwa hilang berkat....

sunyi tanpa kata....
diam tanpa bicara...
hanya pandai bermain kata...
silap langkah jiwa melara...




CERITA DUNIA

Tidak semua yang kita tahu orang lain juga tahu.
Tidak semua yang orang lain tahu kita juga tahu.
Tidak semua yang kita tahu orang lain perlu tahu.
Tidak semua yang orang lain tahu kita perlu tahu.

Mengikut kefahaman hamba Allah ini, menyembunyikan sesuatu beerti dia merahsiakan sesuatu. Namun begitu tidak semestinya apa yang disembunyikan itu tidak ada seorang pun yang tahu. Orang yang telah mengetahui perkara yang disembunyikan itu hendaklah menyimpan rahsia tersebut kerana apa yang mereka tahu adalah amanah dan amanah wajib dijaga sebaiknya. Seandainya perkara yang disembunyikan itu baik..khuatir ia akan menimbulkan rasa riak...dan sekiranya sebaliknya ia beerti kalian membuka aib saudara kalian sendiri.
Perkara yang disembunyikan haruslah tersemat tersimpan rapi di dalam hati berbekalkan iman dan takwa kepada Allah s.w.t. ..kerap kali kita mendengar si pulan ini suka membuka cerita atau rahsia yang dia tahu..dia suka melakukan itu bermakna dia telah gagal melawan godaan syaitan supaya membuka rahsia yang sepatutnya disimpan. Di dalam surah Al – Baqarah ayat 216 yang bermaksud
 “ ...boleh jadi sesesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui ” .
Ia jelas membuktikan kita seharusnya melawan godaan syaitan daripada melakukan perkara yang dilihat suka kita melakukannya di samping ia bukanlah perkara yang baik untuk diri kita. Teguhkan iman...mantapkan akidah..



 *seronok berjumpa dengan adik2 tahun 6 SK TTJ,,,,..:)




Friday, March 30, 2012

Betulkah Cinta Itu Buta?????

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia..
haaa korang...hari Jumaat yang penuh barakah ni...ana ada sedikit maklumat yang nak dikongsi bersama....pasal ape??
cer tengok balik tajuk kat atas tu..hahaaa..
tu la perkongsian ana hari ni....jom baca sambil layan lagu ...ISTIKHARAH CINTA....jangan lupa klik play okay....haiya haiya.....


                                                              ISTIKHARAH CINTA

Bismillahirahmanirahim..........

Mencintai, merindui atau megasihi sesama manusia seharusnya sekadar - kadarnya sahaja melainkan mencinta Allah dan Rasul-Nya maka perlu dengan sepenuh hati, jiwa dan perasaan.



Alam dan kehidupan ini sebenarnya bermula dengan keindahan dan kemuliaan, ketenangan dan kedamaian, kemurnian dan keharmonian. Oleh kerana kejadian manusia dibekalkan nafsu yang menggoda dan syaitan yang menghasut, maka keindahan, ketenangan dan kebersamaan yang terbentuk akhirnya terlerai sedikit demi sedikit. Maka bermulalah permusuhan, perseteruan kecelaruan dan keghairahan yang melampau dalam kehidupan. Daripada ketenangan, ketenteraman dan kedamaian itulah timbulnya cinta kasih sesama manusia, terselitnya mahabbah dan rahmat di kalangan mereka. Daripada kegusaran, permusuhan dan perseteruan yang terjadi maka wujudnya kebencian dan dendam, terbentuknya hasad dan keangkuhan, akhirnya berlakulah kekufuran dan kesyirikan, melainkan mereka yang dirahmati Tuhannya.
Cinta kasih, rahmat dan mahabbah adalah sifat hati yang hanya terdetik apabila kehidupan manusia dipenuhi dengan ketenteraman dan kebersamaan. Cinta kasih itu suatu yang suci lagi mendamaikan. Ia satu perasaan dan kalimah yang cukup istimewa untuk digambakan. Ia juga satu nikmat agung anugerah daripada Ilahi yang Maha Agung Kepada hamba-Nya. Terkadang cinta kasih yang bersemarak di jiwa menulikan pendengaran dan membuatkan individu yang terkena sinarannya. Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW : " Cinta kasihmu kepada sesuatu perkara membuta dan menulikan engkau." (Riwayat at- Tirmizi)

Jangan Beri Semua

Haaa.. sebab tu, lahirlah ungkapan dalam peribahasa masyarakat Melayu - Cinta itu buta. Sehubungan itu, Rasulullah SAW memberi panduan dan bimbingan kepada manusia bahawa manusia perlu mengawal atau mendidik jiwa mereka agar cinta kasih yang berputik di hati itu usah diberikan semuanya, perlu ditinggalkan sedikit kebencian atau sekelumit kemarahan, agar apa jua yang berlaku di kemudian hari masih terdapat ruang pemikiran serta gerak kemuliaan untuk meneruskan. Rasulullah SAW bersabda : " Cintailah, kasihilah kekasih (orang yang engkau cintai itu) sekadarnya sahaja kerana suatu masa nanti mungkin ia akan menjadi orang yang engkau benci, bencilah seseorang itu sekadarnya kerana mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi orang yang engkau kasihi " (Riwayat at - Tirmizi)
Mencintai, merindui atau mengasihi manusia seharusnya sekadar - kadarnya sahaja melainkan mencintai Allah dan Rasul-Nya maka perlu dengan sepenuh hati, jiwa dan perasaaan. Itulah sebenarnya cinta yang hakiki dan abadi. Cinta kasih merupakan satu sifat qalbi yang suci, murni lagi tulus mulus. Manusia yang tiada panduan hidup menjadikan cinta kasih itu hanya terhad antara lelaki dan perempuan. Justeru timbullah kisah Uda dan Dara, lahirlah kasih Laila dan Majnun, bersemilah cinta Romeo dan Juliet, tidak lebih daripada itu. Sedangkan dalam Islam cinta kasih yang sebegitu hanya sebiji pasir di tepian pantai yang luas. Mutiara - mutiara indah di dasar lautan tidak pernah dijumpai manusia kerana tiada panduan memandu manusia ke dasar lautan itu. Hanya Islam yang memandu ke lembah kedamaian dan ketenteraman serta menjelaskan kepada manusia bahawa cinta kasih itu bukan hanya semata - mata cinta kasih antara manusia, malah cinta kasih juga boleh dipertautkan antara manusia dengan Khaliqnya (Penciptanya).

Darjat Cinta

Cinta Kasih antara manusia dengan Khaliqnya merupakan cinta kasih paling tinggi. Cinta kasihkan makhluk terhadap Khaliqnya (Allah) merupakan tahap darjat yang paling tulus, suci dan murni. Tiada cinta kasih melebihinya. Tiada cinta kasih setara dengannya, tiada cinta kasih dapat menandinginya. Merujuk pernyataan Al - Quran dan al - hadis mengenai al - Hub atau cinta kasih maka tentunya lebih mendamaikan dan mententeramkan jiwa. Islam membahagikan cinta kasih kepada beberapa kategori dan darjat sebagaimana juga syurga neraka yang mempunyai beberapa darjat dan tabaqat. Darjat yang mempunyai cinta kasih yang paling mulia dan suci ialah cintakan Allah. Allah sebagai Al - Khaliq iaitu zat yang Maha Menjadikan seharusnya dicintai dan dikasihi. Cinta kasihkan Allah menjadikan jiwa tenteram dan aman damai. Individu yang cinta kasihkan Allah akan sentiasa menyebut nama - Nya sebagaimana seorang individu menyintai manusia lain, nama kekasihnya itu akan sentiasa bermain di bibirnya.

Tenteramnya Jiwa

Sebagaimana tenteramnya Majnun kasihkan Laila, walaupun seluruh alam melihat si Majnun itu sememangnya Majnun (gila), namun ia tetap aman tenteram dengan cintanya itu. Begitu juga perumpamaan individu yang kasihkan Allah dan Rasul-Nya, walaupun seluruh alam melihatnya sebagai manusia ketinggalan zaman atau individu tidak mengikuti perkembangan zaman, namun hanya dia yang mengetahui betapa indah dan murninya jiwa hidup bersama Tuhan Khaliqnya.
Rasulullah SAW mengajarkan kita doa, yang bermaksud : " Wahai Allah, kurniakan kami cinta kasih-Mu, cinta kasih kepada orang - orang yang mengasihi-Mu, dan cinta kasih kepada setiap amalan yang mendekatkan kami kepada-Mu ".
Kasih cintakan Allah bermaksud manusia menyedari dan menginsafi dirinya sebagai makhluk manusia dan Tuhannya, Allah sebagai Al - Khaliq. Manusia mengerti faham bahawa dirinya sentiasa berhajat kepada pimpinan dan inayah Allah SWT. Manusia memahami bahawa dia sentiasa mengharapkan bimbingan rahmat dan rahim-Nya. Cintakan Allah menjauhkan manusia daripada sifat sombong, angkuh dan bodoh.

haaa......antum antum sume.....kat sini ada sikit TIP untuk kita bersama - sama mendapatkan CINTA ILAHI...

how???

~ Ikutlah atau berusaha mengikuti sunnah Rasulullah SAW daripada sekecil - kecil perkara hingga sebesar - besar urusan.
~ Jadilah insan yang soleh (baik) dan juga Musleh (menjadi agen kepada kebaikan).
~ Berlaku adil dalam setiap pekara sama ada sebagai anak, isteri, suami, ibu dan bapa.
~ Menjadikan a- Quran dan as - Sunnah sebagai panduan dan bimbingan dalam kehidupan.


semoga dengan perkongsian hari ni sedikit sebanyak dapat membantu antum dan Am sendiri
dalam mencari cinta Ilahi di samping menemui cinta sesama makhluk....kepada yang sedang bercinta..ingat...Islam tidak melarangnya....TAPI..jagalah peradaban kita sebagai Mukmin yang sejati....insya Allah Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik buat kita..amin...

* Mahabbatu lillahitaala abadan abada....

Tuesday, February 7, 2012

GURAU SENDA PERLU BATASAN

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah hB still dberi peluang n kesempatan utk update blog yg da lme x diisi dgn info baru ni...erm....ok...sempena Maulidul Rasul ni apa kata kite same2 'share' skit cite2 ilmiah yg boleh bagi manfaat kat kite n seluruh muslimin wal muslimat terutamanya...JOM KLI NI kite bercerite pasal GURAU SENDA DALAM ISLAM..

begin with sabda Rasulullah SAW bersabda yg b'maksud : "celakalah org yg berbicara lalu mengarang cerita dusta agar org lain tertawa. Celakalah!" (Riwayat Abu Daud)...

uowls uowls yg d kasihi ea....kite selalau bergurau, melawak jenaka bagai.....memang kite suke sbb bende2 tu yg akn buat kite hppy....skali gus terlupa kejap psal masalah yg kite ada...malah, membuat org lain hppy, menyenangkn hati org lain turut termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah SAW pun suka berjenaka and baginda slalu b'gurau senda dgn ahli2 kluarga dan sahabat2 baginda.....

TAPI!!!!

Dalam bergurau ni ada adab2 dia yang dah digariskan dalam Islam sperti tak mggunakan agama sbagai bhan jenaka terutama mempersenda sunnah Rasulullah SAW. Gurauan tu jugak bukanlah merupakan satu cacian mahu pun cemuhan..macam kite selalu memperlekehkan kengakwan ke..org2 yg kite tak suke ke...then kite jaja plak cite2 tu utk dijdkn bhan gelak ketawa kite n geng2 kite....TERSANGATLAH PERLU DIJAUHI!!!!...tambah2 pulak kite mmg berniat nk jatuhkan someone tu secara tak langsung kite memburukkan dia!! na'uzubillahi min zhalik..

Islam sntiasa mngingtkn kita sbagai umatnya utk tdk mnjadikn jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan kerna dikhuatiri akan melalaikn hati dan fikiran utk mnengingati Allah SWT...Islam gak sentiasa menekankan yg isi jenaka itu hendaklah benar dan tidak direka - reka, bersesuaian dgn masa, tempat dan khalayak sbb tak manis kite bgurau ketika seseorg berada dlm kesedihan atau mengikut majlis.

Sementelah tu jugeeee,, jenaka sebenarnya boleh buatkn org lain ketawa or gelak secara berlebihan iaitu ketawa terbahak - bahak yang perlu dijauhi sebabnye bile kite terlalu byk ketawa ia akan memadamkn cahaya hati. Bagi kite sebagai umat Islam boleh menjadikan Rasulullah SAW sbagai contoh dan idola kita..kerana baginda apabila ketawa hanya menampakkn barisan gigi hadapannya shj dan bukannya ketawa berdekah - dekah, mengilai jauh sekali terkekeh - kekeh. Dan daripada situ, ia membawa maksud bahwa selaku seorg muslim, kita hendaklah sntiasa mnjaga batas kesopanan walaupun kite di dalam jenaka dan bergurau senda...

Paling utama, umat Islam diHARAMKAN bergurau senda dalam perkara lucah atau menjadikn perlakuan seks sbagai bahan berjenaka kerana ia boleh menyebabkan dosa bagi org yg berjenaka dan mendengarnya.


*begitulah ceritanya tentang gurau canda di dalm Islam yang telah digariskn bagi menjaga martabat kita sebagai umat Islam yg mana agama Islam adalah agama yg sangat murni dan mulia serta sntiasa mnjaga tatasusila kehidupan yang suci dan murni...

p/s : smoga dr apa yg d kongsikn secara tak langsng dapt mmbri ksedaran kpd kite sbagai hamba yg tidak smpurna n tak p'nah lari dari melakukan kesialpan....
apa yg penting adalah sentiasa berMUHASABAH bagi mngenang kmbali setiap p'kara yg dah kite buat saban hari....sekian dari hB buat kli ni.....wallahu a'lam...


RENUNG2KN DAN SELAMAT BERAMAL!!!


SALAM MAULIDUL RASUL....:)


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA..:)...

Sunday, November 27, 2011

citoo ehh...

hidup dirundum sepi....dicarik kasih...menggapai reda..hidup dirundum sunyi..mencari kasih mencari cinta.....hidup mendapat cinta tapi kenapa mudah alpa..hidup tak pernah menyeksa tetapi knapa kita menyeksa...hidup dalam berkasih..dalam bercinta..siapa yg berhak dapat sbnrnya....tiada cinta tnpa ada pencipta..tiada kasih tnpa rasa yg dikurnia..tiada simpati tnpa jiwa nurani...

jiwa dirundum gelisah kerana tidak punya rasa cinta padaNYA....hati dirundum sunyi.kerana tidak mengisi kasih DIA....hidup menjadi mati kerana jiwa hilang harmoninya....

pabila jiwa dirundum sepi...diragut kasar....dihumban mati...ketika itulah teringat pesan Ilahi....jiwa digertak gusar dilanda onar..ketika itulah igt Illahi..... hidup dilanda badai..ombak melambung meranapi kasih..ketika itulah terpandang cahaya Illahi...

jiwa tak pernah lupa..hati tak pernah menipu....diri yang sering gagal mengawal nafsu....nafsu mengawal diri...terumbang ambing hidup tak beerti....hati menjajah diri....hancur ranap segala peribadi....akal terkawal..pengemudi berbakti kepada diri yang menyeru mengingati Illahi...


~senorita~

Friday, August 12, 2011

ini kebAhAgiaAnku...

Assalamualaikum....


Sedar tak sedar hari ni dah masuk 13 Ramadhan....2 mggu lbih je lg nk raya....cmna?? korg2 da ready ke?? heee...Hari ni cuma nk post..tentang kesibukan yang melanda diri hB yg dah bermula sejak beberapa mggu ni..heeee.....untuk mggu ni..baru semalam hB dpt tdo dgn lena dan selesa.....smggu xckup tdur.....tdur setakat sejam dua...ada yg kdg2 xtdo....mklum je....sangat sibuk dgn assgmnt...amanah2 tambahan yg hB sndri minta...what ever pn..hB sgt sronok dan gembira dgn life hB skrg...sbb ni yg hB nk...iaitu...menyibukkn dri..jd hB x byk mse tuk berAngan bnde2 yg tidak pasti tuk masa depan hB....jadi untu menghilangkn sifat angan2 yg panjang tu...hB lebih suka menyiukkn diri...biar pun hB akui adanya tekanan..sgt byk tekanan...tapi reda....tekanan itu pun ujian...emm...dlm life klu xe ujian...xde selok belok.....xde warna warni..kn xbest..heeee....hari ni hB nk blik kg...da 2 mggu lbih xjmpa family.....rindu plak rasanye....hmmm..blik pn d suruh sbb hB sibuk dengan kerja.....harap2 family hB pun faham lah...

eeeeemm...rindunye kt blog hB ni...hB xsmpat nk post byk2...cume nk lpaskn apa yg terkandung dlm kepala hB ni je.....dlam2 sbuk2 hB adela jgak crite tntg hAti kn..heehhhh
hAti sakit.....kecewa....mcm2 la...sumenye ada.....bercampur baur....hB plik dgn dri hB sndri....bila hati itu ada...tp hati tdk sabar...bila lepas tanpa keinginan....hB sedih....susah utk lupakan....knpa ya.....kdg2 hB terfikir...knapa sgt cepat dan byk dugaan hati yg hB dpt dlm usia awal 20-an...tapi nk wat cmnekn...hB reda dan pasrah....ini lagi satu ujian tuk hB...supaya hBdpat survive hdup akan dtg dgn lbih baik....

Dengan berbagai ujian hati yg hB lalui..hanya Allah s.w.t. yg maha mengetahui...hB sangat bersyukur kerana dikurniakan ujian....ujian demi ujian.....bagi hB ujian yg dtg dr Allah adalah point utk DIA uji setakat mana keteguhan iman seseorg hamba...jadi hB terima segalanya seadanya.....hB rasa smpai sini je dlu..kite tangguhkn dulu pjumpaan berblog kite eh..heee..
selamat berpuasa korang..heeee...wassalam...

Friday, July 8, 2011

latEst abOut mE!!!

Assalamualaikum......waida minta maaf sebab dah lama sangat nk post kt blog ni...huu....baru2 ni waida baru je mendaftar masuk pengajian smester akhir....dan bru dua hari lepas waida joiin lecturer utk kendalikan Majlis Suai kenal dgn plajar2 baru...dlm erti kata lain waida sebagai pembantu pelajar PP.....seronok jugeee..da lama tak mengorented studnt kn...eemm...hari ni 9 hb 7 2011..sgt risau kalau nk keluar rumah....BERSIH ohhh BERSIH...knapa la hai..perlu ke semua ni...waida pun xfhm...mlas nk amik port sgt pasal politik2 ni...ada baik ada buruk..tapi entahla..waida malas nk ckp lebih2,,nnti kang ada yg tersalah..waida pulak yg kne..huhuhu...hhhaa....semalam..waida dgn sahabat2 Pembantu Pelajar dengan pensyarah kami g pic nic kat sungai kancing...seronok sgt2...semuanya happening...ada ayam bakar la..ada mknan2..mcm2 la..masing2 bawak n share sama2..tu pn byk xhbis..huhu....dah lama waida x join pic nic yg mcm tu...sronok la..bertlok pas solat kol 3 lbih.....blik nk ke bbs jem terul pulak sbb ada road block..maklum je esoknye (hari ni) nk ade BERSIH2 bagai tu kn...sblm g bbs singgah la msjd dlu solat...haha...enjoy2 pn..solat jgn tinggal!!!...usai solat...gerak bbs....minum2...mlm bru blik....penat sgt....blik2 kmas umah sikit....bersihkn dri, solat...lepas tu gOLllll dlm mimpi...mmg xsedar apa....bgun pagi kat Hp waida..ada 30 miss calls..uhhhh..dasat2.....brapa msg entah la...xugt...kesian org yg dk kol waida xberangkt...waida mmg dah pengsan habis dah tu...kepenatan sgt...walaupun xmndi di sungai kancing tu..waida melayan kerenah 'anak2' yg suke pggl waida ummi..klaka btol dorg..huhu...btw..waida sgt2 hepy..mungkin kegembiraan itu bekalan untuk waida di masa kesunyian atau di waktu waida kesediahankesepian..kegembira itu akn membantu waida untuk terus tersenyum...senyuk...dan senyum akn terus terukir ikhlas di bibir waida..insyaAllah...kpd pensyarah dan sahabat2 yg snetiasa menghiburkan..thnks a lot....<3 ISLAM